Definisi Sajak
Puisi Melayu moden, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Tema - Persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar.
KEINDAHAN BAHASA:
Metafora - Gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, iaitu nyata (maujud) dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi pembanding. Contohnya – kamar cinta, buana derita, perahu waktu dan sebagainya.
Personifikasi - Gaya bahasa yang memberikan keadaan, suasana dan benda bersifat manusia. Pengorangan. Contoh: sepi menggigit , hatinya menangis dan sebagainya.
Perulangan - Gaya bahasa dalam puisi yang terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap.

Pemergian Kekasih Hidupku
Ibu
Kau pergi tanpa kerelaanku
Kau pergi menghadap Ilahi ketika aku memerlukan dirimu
Pemergian mu telah merobek jiwaku
Tidak dapatku ungkapkan dengan kata-kataku
Kesedihanku selepas dirimu meninggalkan ku.
Hanya linangan air mata membasah kedua pipiku.
Ibu
Ketika aku berjuang di medan ilmu
Mengejar apa yang dihajati pada setiap seorang ibu
Melihat diriku berjaya dalam menuntut ilmu
Ketika itu jua lah dirimu meninggalkan ku
Ibu
Aku masih buntukan kasih sayangmu
Ku rindukan gurauan darimu
Ku rindukan kucupan tangan mu
Ku pinginkan kasih sayang mu
Tapi itu sudah tiada lagi kehadapan kehidupanku
Hanya al-fatihah membasah bibir ku yang dapat anakmu berikan pada roh ibuku
Ibu
Aku berbangga menjadi anakmu, Yang terbaik dalam hidupku
Itulah ibuku
Terima kasih buat ibuku.
28 julai 2010,
Peringat, kota bharu.
SEBUAH KERUSI USANG
Aku hanya sebuah kerusi usang
Menyambut orang yang memerlukan
Ketika diriku begitu sempurna
Seperti akar dalam tanah kuatnya
Tidak mengira berapa tekanan
aku merelakan bebanan
tapi sekarang
aku hanya kerusi usang
di sebuah rumah serba kemewahan
aku tetap penyambut orang
tapi tak segah dahulu berapa tekanan kuatnya
tidak lagi aku relakan
sering kali aku meyaringkan bunyi
keeerrriiiikk
kerana beratnya tekanan
namun suaraku tidak di endahkan
seperti bersuara aku dalam kepekakan
kerana aku hanyalah sebuah kerusi usang.