ANUGERAH SASTERA NEGARA
PENDAHULUAN
Dalam memertabatkan dan memperkembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Malaysia, satu penganugerahan telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia iaitu Anugerah Sastera Negara. Anugerah Sastera Negara merupakan anugerah berprestij yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap Sasterawan yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Anugerah ini telah diperkenalkan sejak lebih dua dekad yang lalu iaitu bermula tahun 1981.
Sehingga kini seramai sepuluh orang sasterawan yang terpilih dalam kalangan karyawan tanah air telah menerima anugerah tersebut, antaranya Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain, S. Othman Kelantan dan Anwar Ridhuan yang merupakan seorang Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Tujuan anugerah ini disampaikan kepada yang terpilih menerimanya adalah bagi mengiktiraf sumbangan penulisan karyawan tanah air dalam memperkembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Di samping itu juga, penerima anugerah sasterawan Negara ini bukan sahaja menperoleh satu penganugerah berupa gelaran (sasterawan negara) sahaja, malahan hasil-hasil karya mereka akan diguna pakai sama ada di peringkat sekolah menengah atau di universiti.
Karya-karya yang terhasil oleh sasterawan Negara ini merupakan satu khazanah intelektual bangsa yang seharusnya dikumpul dan dihayati untuk peyelidikan dan rujukan di kalangan masyarakat tempatan mahupun masyarakat luar.
Justeru kertas kerja ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan Anugerah Sastera Negara dikalangan Sasterawan tanah air. Pengkaji akan menggunakan beberapa buah buku iaitu bertajuk Dewan Sastera dan koleksi Terpilih Sasterawan Negara. Aspek yang akan disentuh dalam perbincangan ini adalah mengenai kriteria seorang Sasterawan Negara, dan sumbangan Sasterawan Negara. Oleh itu, kesedaran masyarakat mengenai Anugerah Sastera Negara, penerima anugerah dan karya-karya yang telah dihasilkan oleh Sasterawan Negara ini perlu dipertingkatkan.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Penjelasan terhadap kriteria sasterawan Negara akan merujuk kepada kriteria seorang Sasterawan Negara di tanah air ini. Dalam hal ini, penelitian yang akan dibuat adalah berdasarkan pemilihan kriteria setiap karyawan tanah air ini sehingga diberi penganugerahan anugerah Sasterawan Negara dan sumbangan sasterawan Negara. Antara kriteria yang akan dijelaskan adalah seperti berikut :
1. Kerajinan Menghasilkan Karya dan Ketekunan Membaca Karya-karya
Pemilihan seseorang yang akan bergelar sasterawan Negara adalah diteliti dari segi kerajinan seorang karyawan itu terutamanya dalam menghasilkan karya-karya mereka dan ketekunan beliau membaca karya-karya orang lain. Hal ini kerana, melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang yang boleh menuangkan nurani seninya.
Menurut Sasterawan Negara iaitu A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan sesuatu karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas daripada hasil karya orang lain. Ketekunan membaca karya-karya lain sedikit sebanyak membetulkan dan memberi tunjuk ajar yang berguna kepada mereka untuk terus berkarya.
Selain itu penghasilan karya-karya mesti selari dengan pemikiran karyawan lain supaya tidak menimbulkan persoalan kekeliruan dikalangan pembaca dan menarik minat pembaca untuk terus membaca karya-karya yang dihasilkan tersebut sentiasa memenuhi kehendak pembaca itu sendiri.
2. Kesungguhan Dalam Menghasilkan Sesuatu Karya
Sifat kesungguhan dalam penghasilan sesuatu karya oleh Sasterawan Negara sememangnya menjadi penelitian dan pilihan oleh ahli panel penganugerahan Sastera Negara. Kriteria ini dinilai dalam kalangan Sasterawan Negara di tanah air ini adalah kerana penghasilan karya-karya yang dihasilkan oleh mereka ini adalah bukan meraih atau meminta penghargaan daripada mana-mana pihak tetapi karya-karya yang dihasilkan adalah bertujuan memperkembangkan dan memartabatkan bahasa sendiri dan menyedarkan masyarakatnya sendiri tentang realiti kehidupan masyarakat mereka.
Contohnya Sasterawan Negara A. Samad Said dalam novelnya bertajuk Salina iaitu mengesahkan cerita kemiskinan masyarakat Melayu di zaman penjajahan di Singapura sehingga sanggup melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama untuk meneruskan kehidupan. Dalam novel ini, Salina merupakan seorang yang berwatakan baik namun akibat daripada kemiskinan pada zaman tersebut dia telah menjadi seorang pelacur. Salina yang begitu kasihkan Abdul Fakar yang menjadi seolah-olah lelaki simpanannya yang makan hasil pencarian Salina meskipun tidak menghargainya. Tetapi Salina berjiwa besar. Dia memberi dorongan dan wang ringgit kepada Hilmi, seorang pelajar cemerlang untuk terus belajar. Apabila penduduk kampung mengumpat Salina, Hilmilah yang mempertahankannya.
Dalam novel ini penulisnya cuba mengutarakan persoalan mengenai kemiskinan dalam kehidupan sehingga menyebabkan Salina menjadi seorang pelacur kerana mahu meneruskan kehidupan dan membantu menyara Hilmi yang sedang belajar pada zaman tersebut. Hal ini adalah menunjukkan kesungguhan penulis dalam penghasilan karya bertujuan menyedarkan masyarakat Melayu tentang kehidupan sebagai seorang Melayu seharusnya kehidupan mereka berpaksikan ajaran Islam dengan tidak melakukan perkara yang diharamkan untuk meneruskan kehidupan dalam novel tersebut.
3. Karya Kreatif Dan Kesan Pemikiran Kepada Masyarakat
Pemilihan yang dibuat oleh panel-panel pemilihan penganugerahan Sastera Negara telah menilai kriteria yang ada pada mereka yang akan di anugerahkan sebagai tokoh Sastera Negara dari segi karya-karya sumbangan kreatif yang dihasilkan oleh pengarang tersebut dan karya-karya yang dihasilkan itu boleh memberi kesan positif kepada masyarakat dalam pemikiran mereka.
Contohnya, Sasterawan Negara kita yang ke-2 iaitu SN Shahnom Ahmad, beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Selain itu, SN Keris Mas dalam karya-karya kreatifnya mampu menghidupkan imaginasi, justeru yang menjadi anak kunci kejayaannya. Menurut panel anugerah Sastera Negara, kepintaran SN Keris Mas mengawal teknik penceritaan, bahasanya mudah, segar dan jelas menyebabkan fikiran pembaca tertarik terhadap masalah-masalah sosial yang dilontarkan. Mengikut Virginia Matheson (1986), cerpen-cerpen beliau lebih kepada berunsur politik seperti cerpen “Kedai Sederet di Kampung Kami”. Dalam cerpen ini SN Keris Mas mengkritik golongan birokrasi yang menyebabkan berlakunya penyelewengan dan kemiskinan di kampung-kampung.
Hal tersebutlah yang menjadi satu sebab yang mendorong kedua-dua meningkat daripada pemikiran membela masyarakatnya sendiri yang tidak berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya yang lebih berpengaruh dan berkuasa. Mereka tidak ingin melihat masyarakat sebangsa dengannya terus dijajah minda mereka dan ditindas.
4. Mementingkan Mutu Daripada Jumlah Karya.
Kriteria seorang sasterawan Negara yang diukur oleh panel-panel peanugerahan Sastera Negara adalah berdasarkan penelitian yang dibuat iaitu sifat karyawan yang mementingkan mutu daripada jumlah karya. Sesuatu karya yang dihasilkan amat memerlukan mutu dan kualiti supaya karya tersebut dapat difahami dan menarik minat kepada pembaca terutama generasi muda. Kalau dikatakan, semua karya mementingkan jumlah karya yang dihasilkan untuk dikeluarkan tanpa mementingkan hasil yang baik dalam penghasilan karyanya, nescara karya-karya yang dihasilkan ini tidak mendapat tempat dihati pembaca. Oleh itu, ahli-ahli panel tersebut telah menilai dan memilih kriteria seperti ini. Kriteria ini bersesuai sekali dengan sifat Sasterawan Negara iaitu Keris Mas.
SN Keris Mas merupakan contoh seorang penulis yang lebih mementingkan mutu daripada jumlah karya. Selain itu SN Keris Mas ialah tokoh yang terpenting dan cukup berpengaruh kepada golongan penulis muda. Beliau membentuk namanya sebagai penulis melalui bakat, fikiran yang kritis, penguasaan bahasa yang baik, dan kematangan pengalamannya.
Berbalik kepada kriterianya itu, SN Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 60 buah cerpen yang mengemukakan berbagai-bagai persoalan, daripada soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat hinggalah kepada persoalan-persoalannya sosial-politik selepas merdeka. Semua persoalan tersebut merupakan pemerhatian dan pantulan kembali pengalaman-pengalaman SN Keris Mas sejak tahun 1940-an hinggalah sesudah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.
beliau berpendapat bahawa bayangan pertama daripada bakat seseorang penulis mudah terlihat dalam tekniknya. Tetapi kesempurnaan dan kematangan bakat itu bergantung pada kesanggupannya menuangkan buah fikiran dan pengalamannya ke dalam kata-kata, ayat-ayat, dan keseluruhan pengolahan karangannya. Hal inilah SN Keris Mas dikatakan mementingkan mutu karya daripada jumlah karya yang dihasilkan.
5. Sifat Memperkaya Dan Memartabatkan Kesusasteraan Melayu
Kriteria yang ada pada seseorang Sasterawan Negara adalah sifat mereka yang mementingkan kesusasteraan Melayu iaitu sifat memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu. Hal ini dapat dilihat ketika tahun 1958-1962, dimana golongan penulis dan sasterawan mempunyai pengaruh yang kuat, terutama dalam kalangan ASAS 50. Penulis ASAS 50 telah menjadikan kesusasteraan sebagai alat perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, mengungkap kebenaran menentang ketidakadilan dan menghapuskan tahayul bagi menegakkan kesejahteraan.
Antara nama Sasterawan Negara yang terlibat ketika itu adalah seperti SN Keris Mas. Beliau menjadi tokoh yang menjadi ikutan dan panduan. Apabila persatuan penulis nasional (PENA) ditubuhkan barulah Sasterawan Negara A. Samad Said dan SN Kassim Ahmad muncul. SN A. Samad Said disebut sebagai sasterawan humanisme yang menjadi tali perhubungan antara generasi baru dengan ASAS 50. Beliau telah menaikkan namanya sendiri dalam penghasilan novel salina kerana membawa nilai universalisme. Beliau juga memperlihatkan nafas baru dengan puisi eksperimentalnya seperti “Marhaenville”, “Liar di Api” dan “Angin Damai Dari Timur”.
Dapat dilihat, sifat penglibatan dua orang Sasterawan Negara ini dalam ASAS 50 telah menjadikan kesusasteraan Melayu telah diperjuangkan mertabatnya serta dikayakan dengan cara mengunakan bidang sastera sebagai perjuangan kemerdekaan dan sebagainya.
SUMBANGAN SASTERAWAN NEGARA
1. Perubahan Dan Pembaharuan Dalam Penghasilan Karya
Penghasilan sesuatu karya seperti cerpen sememangnya mampu menghidupkan imaginasi dan ini menjadi kunci kejayaan seseorang Sasterawan Negara. Selain itu penguasaan teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap masalah sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas amat mempengaruhi, tetapi kesempurnaan dan kematangan bakat bergantung pada kesanggupan menuangkan buah fikiran dan pengalaman ke dalam kata-kata, ayat-ayat, dan keseluruhan pengolahan karangan. Melalui kritikan oleh sebahagian daripada Sasterawan Negara telah menyebabkan berlaku perubahan dan pembaharuan dalam penghasilan karya mengikut arus zaman.
Antara pengkritik yang tergolong sebagai Sasterawan Negara ialah SN Ishak Haji Muhammad dan SN Shahnom Ahmad. Kedua-dua sasterawan negara ini telah melontarkan idea mereka yang secara baik dalam mengkritik hasil-hasil karyawan lain supaya wujudnya hasil karya yang bermutu dan kreatif mengikut peredaran zaman dan hati pembaca.
Penyentuhan aspek teknik penghasilan karya seperti ayat, kata, dan sebagainya dalam kritikan mereka adalah diutamakan. Hal ini supaya karya-karya yang dihasilkan daripada yang telah di kritik itu memenuhi citarasa dan kehendak serta minat pembaca dan juga membantu karya-karya supaya sentiasa dipasarkan untuk memertabatkan bahasa melalui pembacaan daripada masyarakat.
2. Sumbangan Dalam Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu.
Sumbangan Sasterawan Negara dalam penghasilan novel-novel telah berlakunya perubahan besar dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu baru. Novel-novel selepas merdeka terutamanya semasa perpaduan mengarang novel banyak diadakan, telah wujud beberapa buah novel yang membawa perutusan yang menonjol.
Ia menggambarkan bagaimana keupayaan penulis Melayu menyampaikan suatu saranan dalam bentuk kreatif yang sudah ada nilai estetikanya. Antara novel yang dihasilkan oleh sasterawan Negara iaitu novel Salina (1961) oleh SN A. Samad Said, Lingkaran (1965) oleh SN Arena Wati, Seluang Menodak Baung (1978) oleh SN Shahnom Ahmad. Dalam penghasilan novel yang dihasilkan ini, mereka bukan sekadar menyampaikan saranan dan keupayaan mereka berfikir dalam merakamkan cita-cita kemasyarakatan dan politik, tetapi juga disampaikan dalam bentuk novel sebagai hasil seni, iaitu mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi.
Selain itu nama-nama besar sasterawan Negara seperti SN Keris Mas, dan SN Usman Awang dalam penghasilan cerpen dan sajak telah menyebabkan berlakunya perkembangan kesusasteraan Melayu terutamanya pada tahun 1950-an. Pertumbuhan cerpen dan sajak pada tahun ini adalah menyentuh persoalan sosial seperti keadilan dan kebebasan. Bertepatan persoalan yang disentuh itu berkaitan dengan zaman tersebut iaitu zaman kebangkitan kaum buruh dan kegiatan politik.
Tepat dengan waktu dan kegiatan mereka, persoalan tersebut telah diutarakan dan menjadi isu utama yang memenuhi ruang akhbar. Sasterawan Negara secara sedar telah menggunakan ruang sastera untuk menyedarkan khalayak terhadap kepentingan perjuangan politik ini. Hal inilah menyebabkan berkembangnya kesusasteraan Melayu.
3. Pencetus Daya Pemikiran dan Pemahaman Masyarakat.
Penulis Melayu terutamanya ahli-ahli Sasterawan Negara, melalui hasil karya-karya yang dihasilkan mereka telah menyebabkan tercetusnya daya pemikiran dan pemahaman masyarakat Melayu. Jiwa besar Sasterawan Negara dapat dilihat melalui penghasilan deklamasi sajak, penulisan puisi, cerpen dan novel yang kian bertambah dan berkualiti inilah menyumbang kepada sumbangan tersebut.
Kesedaran kembali menganalisis sejarah dan jagat budaya meragamkan pemikiran dan keindahan puisi Melayu moden. Sejarah inilah yang menyebabkan Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh kembali menyusur akar budaya tradisi dan sejarah. Beliau mula menganalisis teks sejarah Melayu sehingga menemukan batin dan ilmu Melayu.
Baginya, keindahan sastera dengan sendirinya dijalin oleh etos, budaya, pandangan hidup, sejarah persekitaran sesuatu bangsa. ( Muhammad Haji Salleh, 1989:34). Dengan rasa bangga SN Muhammad Haji Salleh tetap mengakui Melayu juga berilmu, beliau mengungkapkan “hormatilah orang berilmu atau orang yang setia pada bangsamu ( Melayu) akan besar dengan kebebasan di pelabuhan kita seluruh dunia berkembang bahasa kita dipilih adat kita diteliti” (halaman 61).
4. Pemimpin Persatuan Penulis-Penulis Muda
Ahli-ahli Sasterawan Negara ini telah banyak menyumbang pelbagai cara untuk menarik lebih ramai golongan penulis-penulis muda dalam tanah air ini. Antaranya ialah menjadi pemimpin dalam persatuan penulis-penulis muda bagi membimbing mereka supaya dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda di Negara ini yang berbakat dalam penghasilan karya-karya kreatif yang dapat membantu perkembangan karya-karya dalam kesusasteraan.
Selain itu tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan jurang penulis muda dengan penulis-penulis yang sedia ada supaya pemikiran antara kedua-dua golongan penulis ini selari. SN Usman Awang merupakan Sasterawan Negara antara yang pernah memimpin persatuan penulis-penulis muda. Usaha yang dilakukan beliau ini adalah untuk mencungkil bakat dan melahirkan penulis dalam kalangan muda-mudi yang mempunyai kreativiti berkarya .
Selain SN Usman Awang, dalam tulisan :Biografi 100 penulis, (DBP 1981) SN Keris Mas juga merupakan tokoh yang terpenting dan berpengaruh kepada golongan penulis muda. Beliau membentuk namanya sebagai penulis melalui bakat, fikiran yang kritis, penguasaan bahasa yang baik dan kematangan pengalamannya. SN Keris Mas menjadi contoh penulis yang lebih mementingkan mutu daripada kuantiti karya.
5. Mengangkat Peradaban Melayu Ke Persada Antarabangsa
Sumbangan yang paling besar dan bermakna yang dilakukan oleh seorang Sasterawan Negara iaitu Arena Wati tidak akan di lupakan. Dimana SN Arena Wati melalui penghasilan karya-karyanya lebih kepada mengangkat peradaban Melayu ke persada antarabangsa. Selain itu beliau merupakan satu-satunya pengarang Melayu sehingga kini yang amat berpengaruh sebagai pelaut, dan sangat berbakat pula memerikan dunia laut dan gelojak manusianya secara mendalam. SN Arena Wati turut membawa horizon penulisannya dengan membawa watak dan keperibadian manusia Melayu, manusia timur, ke suasana antarabangsa, terutamanya melalui triloginya kuntum Tulip Biru Sakura Mengorak Kelopak dan Bunga dari Kuburan.
Bunga dari kuburan yang dihasilkan berlatar belakangkan Amerika Syarikat dengan segala kebebasan dan kegawatan sosialnya, akibat daripada jiwa yang kosong dan sesat melalui watak yang dikemukakan. Nada-nada falsafah amat jelas dalam triloginya kerana beliau membandingkan falsafah barat dengan timur, khususnya Islam.
Melalui sumbangan beliau yang penting ini, dapat ditafsirkan bahawa idealisme beliau tentang nilai-nilai kebudayaan dan peradaban timur lebih bererti untuk manusia di dunia ini.
KESIMPULAN
Berdasarkan penelitian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa penganugerahan Anugerah Sastera Negara oleh kerajaan Malaysia kepada yang terpilih merupakan sesuatu yang tidak sia-sia. Hal ini kerana sasterawan yang telah terpilih tersebut banyak memberi sumbangan besar kepada Negara, masyarakat dan sebagainya melalui hasil-hasil karya mereka dan usaha-usaha mereka dalam memartabatkan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Berdasarkan kriteria yang telah dibincang yang dimiliki oleh Sasterawan Negara ini jelas membuktikan bahawa mereka sangat prihatin terhadap Negara dan bangsa serta bahasa mereka, disebabkan itulah karya-karya yang dihasilkan mereka lebih menimbulkan persoalan-persoalan seperti berikut. Penelitian yang dilakukan oleh panel Sasterawan Negara ketika pemilihan dibuat bagi tujuan memberi penghargaan kepada karyawan Negara yang terpilih ini sesuatu yang paling berharga kepada penerimanya (Sasterawan Negara).
Penghargaan sebegini sangat penting supaya karyawan yang ada di Malaysia ini lebih berminat untuk lebih lagi berkarya dan sekurang-kurangnya mereka ini tidak disisihkan oleh mana-mana pihak tetapi dianggap seperti satu nilai yang berharga kepada Negara, bangsa dan masyarakat. Namun, setelah 23 tahun anugerah ini diperkenalkan, hanya seramai 10 orang yang diberi penghormatan dan digelar Sasterawan Negara. Justeru, karyawan-karyawan Negara yang ada perlu merebut peluang yang sedia ada ini dalam penghasilan karya-karya mereka.
Nota: Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau dikenali dengan nama penanya Kemala telah dinobatkan sebagai sasterawan negara ke-11 pada tahun 2011.

PERANAN PEMBESAR DALAM SYAIR PANGERAN SYARIF HASYIM
PENDAHULUAN
Syair adalah satu daripada bahagian puisi klasik Melayu yang cukup terkenal dan banyak diperkatakan serta menarik minat para pengkaji. Syair sebenarnya berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud perasaan yang menyedari. Walaupun syair dikatakan berasal dari Arab-Parsi tetapi puisi tradisional ini telah sebati dalam masyarakat Melayu. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus.
Mengikut Harun Mat Piah (1989) syair Melayu tidak beracukan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu. Namun terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa syair Melayu juga dipengaruhi oleh syair atau puisi Arab (Islam).
Mengikut Encylopaedia Van Nederlandsch-Indie (1919), syair dengan nama yang asing berasal dari luar, sedangkan dalam buku Literatur In Maleisen Indoneisisch, C. Hooykaas (1988) menyatakan bahawa syair adalah bentuk puisi yang asli, meskipun memakai istilah asing.
Menurut Raja Ali Haji, syair mengandungi kesatuan idea yang lengkap, tetapi harus terdiri daripada empat baris, meskipun rima akhir ternyata mempunyai persamaan dengan gurindam. Kenyataan ini disokong oleh Hashim Awang (1981:34) iaitu “syair adalah puisi lama yang mengandungi empat baris kalimat dalam setiap rangkap.
Justeru, Syair Pangeran Syarif Hasyim mempunyai ciri-ciri tersebut sebagai sebuah syair yang sempurna. Syair Pengeran Syarif Hasyim ini telah ditulis di Kota Tengku Puteri, Pulau Penyegat, Riau, pada hari khamis 16 rabiulawal 1278 hijrah, bersamaan dengan 16 jun 1870 masihi. Syair ini adalah syair yang berbentuk syair sejarah. Syair ini mengisahkan pengalaman Pangeran Syarif Hasyim sendiri yang pernah bekerja dengan Belanda sebagai pegawai tertinggi tentera Belanda dalam perang penjajahan melawan kerajaan Banjar dan peribuminya bermula dari tahun 1860 hingga 1864 masihi.
Syair ini telah dikarang oleh Engku Raja Al-Haji Ibnu Engku Raja Al- Haji Ahmad tanpa mengubah sedikit pun kandungan asal bentuk prosa Syarif Hasyim. Namun, menurut Arena Wati (1989:11) mengenai keaslian naskah yang ada di Lieden menimbulkan keraguan kerana jilid yang ada itu masih baru dari segi kertas, dakwat dan kulitnya.
Sebelum mengupas kertas kerja ini dengan lebih lanjut lagi, harus diketahui Syair Pangeran Syarif Hasyim merupakan sebuah sastera yang dikategorikan sebagai sastera sejarah. Sastera sejarah merupakan kesusasteraan Melayu Lama yang mempunyai sifat–sifat tempatan dari segi isinya iaitu yang bercorak sejarah. Karya–karya yang bersifat sejarah cukup bernilai kerana ianya adalah bukti dan sumber sejarah yang berlaku pada masa dahulu.
Menurut Arena wati (1989:31) sebagai sebuah karya sastera yang berunsur sejarah, di dapati naskah Syair Pangeran Syarif Hasyim ini lebih teratur jika dibandingkan dengan Syair Perang Cina di Monterado. Hal ini demikian adalah kerana pemilihan perkataan dan pengunaannya lebih sempurna.
Secara amnya, karya–karya sastera sejarah banyak menceritakan kisah kegemilangan negara–negara Melayu lama. Sastera sejarah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan bahagian yang bersifat mitos dan dongeng. Bahagian yang bersifat mitos dan dongeng ini menceritakan tentang keadaan pada masa itu, asal usul raja–raja bagi sesebuah negara, asal usul negeri, dan lain-lain.
Bahagian kedua merupakan bahagian yang lebih bersifat sejarah. Bahagian ini pengarang cuba menerangkan sesuatu peristiwa bersejarah, atau tentang tokoh – tokoh yang pernah hidup dalam sejarah. Contohnya, dalam Syair Pangeran Syarif Hasyim ini, pengarang menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku sewaktu zaman kerajaan Banjar lagi, dimana banyak berkisah tentang peranan Pangeran Syarif Hasyim memerangi kerajaan-kerajaan Melayu di Kalimatan Selatan dan Timur. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai peranan pembesar dalam Syair Pangeran Syarif Hasyim.

Setiap pembesar memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. seorang pembesar itu akan dilantik oleh raja atau sultan. Golongan pembesar yang bertanggungjawab menjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat. Oleh itu, peranan pembesar yang terdapat dalam Syair Pangeran Syarif Hasyim ialah :
1. Bertanggungjawab Dalam Hal Ehwal Pertahanan Dan Ketenteraan
Seorang pembesar diberi amanat yang besar oleh rajanya, dimana amanat itu perlu dipikul dan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin kerana pembesar merupakan orang yang menjadi nadi dalam sesebuah kerajaan yang mempunyai pemerintah. Contoh amanat tersebut adalah bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan dan ketenteraan. Hal ini dapat dilihat dalam fasal 1 rangkap 11 syair ini dalam petikan dibawah:
Itulah awal mulanya tuan
Pangeran Syarif Hasyim pahlawan
Disuruh kompeni raja bangsawan
Ke hulu banjar menghadap lawan.
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed). 1989: rangkap 11. halaman 70 )
Dalam hal ini, pembesar yang bernama Pangeran Syarif Hasyim telah diberi satu tugas yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam hal ehwal pertahanan dan ketenteraan. Ungkapan tersebut dapat dipetik dan dilihat “Pangeran Syarif Hasyim pahlawan, disuruh kompeni raja bangsawan.”
Dimana Pangeran Syarif Hasyim telah di suruh oleh raja bangsawan pada masa itu adalah kerajaan Seri Maharaja supaya beliau pergi ke hulu Banjar untuk berperang menghapuskan musuh.
2. Melaksanakan tugas diberikan oleh Pegawai-Pegawai
Selain menjalankan tanggungjawab kepada raja, pembesar juga sanggup melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh pegawai-pegawai. Contohnya, Pangeran Syarif Hasyim telah diberikan tugas oleh pegawai-pegawai Belanda kerana pada masa itu, kerajaannya mempunyai pegawai-pegawai Belanda dalam urusan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam fasal 2 rangkap 27 syair ini dalam petikan dibawah:
Pangeran Syarif dapat perintah
Daripada Asisten Residen yang petah
Di hulu Marta Pura tempat khurbatah
Dengan berandal disuruh berbantah.
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed). 1989: rangkap 27. halaman 72 )
Hal ini menunjukkan kesetiaan dan kehormatan Pangeran Syarif Hasyim dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh pegawai Belanda. Walaupun arahan itu adalah daripada pegawai Belanda kerana sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang pembesar perkara ini dapat dipetik dalam petikan diatas “ Pangeran Syarif dapat perintah, daripada Asisten Residen yang petah”.
3. Bertanggungjawab Memimpin Peperangan
Sebagai seorang pembesar dalam sesebuah kerajaan, pembesar tersebut telah diberikan satu tugas. Dimana tugas tersebut merupakan satu peranan seorang pembesar kepada kerajaannya yang dapat membuktikan kesetiaannya seseorang pembesar itu kepada Negara dan pemerintahnya. Hal ini dapat dibuktikan dalam watak Pangeran Syarif Hasyim, dimana beliau telah memainkan peranan penting dalam memimpin peperangan dalam kerajaannya. Hal ini jelas dalam fasal 5 rangkap 104 syair ini dalam petikan tersebut:
Pangeran menangkat tanda semboyan
Kepada panglima rakyat sekalian
Melanggar banteng di sungai durian
Kotanya teguh kayunya belian.
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed) 1989: rangkap 104. halaman 80 )
Daripada petikan yang diambil tersebut, jelas menunjukkan Pangeran Syarif Hasyim merupakan seorang pembesar yang berperanan penting dalam memimpin angkatan tenteranya. Hal ini telah diungkap dalam petikan ini “pangeran menangkat tanda semboyan, kepada panglima rakyat sekalian”.
Beliau sanggup memimpin peperangan dimana, beliau memegang semboyan sebagai tanda ketua dalam peperangan yang memberi arahan kepada askar-askar yang berada dibawahnya. Pangeran syarif hasyim telah mengetuai peperangan bagi menewaskan musuhnya di sungai durian walaupun musuhnya mempuyai pertahanan yang kukuh dan dilengkapi dengan peralatan perperangan.
4. Pembantu Dan Pelaksana Arahan Daripada Raja.
Pembesar memainkan peranan penting kepada raja atau ketua pemerintah terutamanya menjadi pembantu dan melaksanakan apa yang di arahkan oleh raja-raja mereka tanpa membantah walau sedikit sekalipun. Hal ini jelas digambarkan dalam Syair Pangeran Syarif Hasyim dalam fasal 1, rangkap 19 dibawah ini:
Lalulah duduk Pangeran Muda
Di atas kursi tulis perada
Menghadap Residen raja yang syahada
Menanti apa perintah ada.
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed). 1989: rangkap 19. halaman 71 )
Dalam petikan tersebut jelas menunjukkan Pengeran Syarif Hasyim seorang pembesar yang sanggup mendengar dan menerima perintah daripada seorang rajanya sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam petikan yang diungkapkan ini “menghadap Residen raja yang syahada, menanti apa perintah ada.”
5. Bertanggungjawab Menjalankan Pentadbiran Undang-Undang
Seorang pembesar berperanan dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam pentadbiran undang-undang. Hal ini jelas dalam Syair Pangeran Syarif Hasyim. Dimana, pangeran syarif hasyim diberikan tugas dalam melaksanakan hukuman yang adil. Hal ini jelas dalam fasal 1 rangkap 14 syair ini yang dibawah:
Pangeran Syarif Hasyim ter’ala
di negeri mendawai jadi kepala
ia memerintah orang segala
hukumnya adil tiada yang cela.
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed). 1989: rangkap 14.halaman 70 )
Hal ini menunjukkan bahawa pembesar seperti pangeran syarif hasyim adalah seorang yang betul-betul dalam kerjanya iaitu sebagai pentadbir undang-undang. Hal ini jelas terpancar dalam petikan di atas “hukumnya adil tiada yang cela”. Pangeran Syarif Hasyim telah melaksanakan tugasnya iaitu sebagai seorang yang menentukan keadilan dalam negerinya iaitu negeri Mendawai.
6. Bertanggungjawab Melicinkan Pentadbiran
Sebagai seorang pembesar dalam sesebuah kerajaan, pembesar tersebut telah diberikan satu tugas. Dimana tugas tersebut merupakan satu peranan seorang pembesar kepada kerajaannya iaitu bertanggungjawab dalam melicinkan pentadbiran negerinya. Hal ini dapat dibuktikan dalam watak Pangeran Syarif Hasyim, dimana beliau telah memainkan peranan penting dalam bidang pentradbiran. Hal ini jelas dalam fasal 1 rangkap 21, 22 dan 23 syair ini dalam petikan tersebut:
Marta Pura namanya tempat
Kepada Mayor Kok Raja Ma’arifat
Assisten Residen pangkatnya dapat
Tuan Pangeran ke sanalah cepat.
Mendengarkan titah seri paduka
Pangeran Syarif sangatlah suka
Berseri-seri warnanya muka
Menjawab titah tiadalah leka.
Baiklah tuan raja ter’ala
Titah dijunjung itu segala
Serta dengan suka dan rela
Sedikit tidak berhati cela.
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed). 1989: rangkap 21, 22 dan 23. halaman 71 )
Dalam petikan tersebut jelas menunjukkan Pengeran Syarif Hasyim seorang pembesar yang sanggup mendengar dan menerima perintah tanpa sebarang bantahan daripada seorang rajanya sendiri supaya setiap pentadbiran negerinya berjalan lancar dan sempurna. Hal ini dapat dilihat dalam petikan yang diungkapkan ini “ baiklah tuan raja ter’ala, titah dijunjung itu segala”. Dimana Pangeran Syarif Hasyim telah bersetuju untuk pergi ke tempat bernama Marta Pura untuk berjumpa dengan Assiten Residen supaya mendengar apa perintah yang hendak diberi oleh Assiten Residen itu setelah disuruh oleh Mayor Kok Raja Ma’rifat.
7. Taat Setia kepada Raja atau Ketua Pemerintah
Selain itu, pembesar juga memainkan peranan penting kepada raja atau ketua pemerintah terutamanya dalam menumpahkan taat setianya kepada raja atau Ketua Pemerintah dalam melaksanakan apa yang di arahkan oleh raja-raja mereka tanpa sebarang bantahan. Hal ini jelas digambarkan dalam Syair Pangeran Syarif Hasyim dalam fasal 5, rangkap 137 dibawah ini :
Datanglah perintah Residen Bistari
Memanggil Pangeran Syarif jauhari
Menunggu negeri Marga Sari
Serta panglima rakyat sendiri.
Pangeran ilir dengan segeranya
Serta membawa serta orangnya
Ke Marga Sari pindah dianya
Demikianlah konon perkhabarannya.
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed). 1989: rangkap 137 dan 138. halaman 83 )
Hal ini menunjukkan bahawa pembesar seperti Pangeran Syarif Hasyim adalah seorang yang betul-betul setia kepada ketua pemerintah atau sultan iaitu beliau tanpa berlengahkan masa terus ke Marga Sari untuk menunggu negeri itu setelah mendapat perintah dari ketua pemerintah. Hal ini jelas terpapar dalam petikan di atas “menunggu negeri Marga Sari, serta panglima rakyat sendiri, pangeran ilir dengan segeranya, serta membawa serta orangnya, ke Marga Sari pindah dianya”.
8. Berpengaruh Dalam Sesuatu Perkara
Di samping itu. seorang pembesar dalam sesebuah kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dan besar terutmanya dalam memberi arahan kepada orang-orang bawahannya dalam sesuatu perkara supaya apa yang diperintah oleh ketua pemerintah kepadanya berjalan dengan lancar. Hal ini dapat dibuktikan dalam watak Pangeran Syarif Hasyim, dimana beliau telah memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang kuat. Hal ini jelas dalam fasal 19 rangkap 631 syair ini dalam petikan tersebut:
Maka datanglah kapal api Satu
Selebes namanya kapalnya itu
Seratus sordadu dibawanya tentu
Pangeran syarif hendak dibantu .
( Syair Pengeran Syarif Hasyim, Arena Wati (ed). 1989: rangkap 631. halaman 134 )
Dalam petikan tersebut jelas menunjukkan Pengeran Syarif Hasyim seorang pembesar yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam melakukan sesuatu perkara.. Hal ini dapat dilihat dalam petikan yang diungkapkan ini “seratus sordadu dibawanya tentu, pangeran syarif hendak dibantu.”
KESIMPULAN
Berdasarkan penelitian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa Syair Pangeran Syarif Hasyim merupakan sebuah sastera yang dikategorikan sebagai sastera sejarah iaitu berkisah peristiwa-peristiwa yang berlaku sewaktu zaman kerajaan Banjar lagi, dimana banyak berkisah tentang Pangeran Syarif Hasyim sebagai pembesar dalam memerangi kerajaan-kerajaan Melayu di Kalimatan Selatan dan Timur.
Kajian yang dilakukan dalam syair ini adalah mengenai peranan seseorang pembesar. Dimana, Pangeran Syarif Hasyim sendiri sebagai pembesar yang sanggup melakukan apa sahaja kepada kerajaannya iaitu Belanda walau bergadai nyawa sekali pun terutama membantu kerajaan Belanda dalam sistem pentadbiran, ketenteraan, undang-undang, serta lain-lain. Dapat dilihat bahawa pembesar berperanan hampir dalam semua hal kerana mengikut hieraki kedudukan pembesar merupakan lapisan kedua iaitu selepas raja atau ketua pemerintah.
Jika tanpa pembesar dalam sesebuah kerajaan tersebut, sesebuah kerajaan atau negara itu tidak akan sempurna dan kemungkinan sistem pentadbiran negeri akan menjadi tidak stabil. Namun, Jika sesebuah negeri atau negara itu mempunyai pembesar yang kuat, berpengaruh dan bijak menyebabkan negeri atau kerajaan itu menjadi kukuh.