BIODATA
Nama penuh yang telah diberikan oleh kedua-dua ibu bapa ialah Amir Rullah Bin Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Amir. Telah dilahirkan pada tanggal 22 Disember 1989 di Universiti Sains Malaysia. Dibesarkan oleh kedua-dua ibu dan bapa kandung sendiri bernama Mohd Noor Bin Drahman, dan Robiah Binti Mamat. Tinggal di Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Ketika berusia enam tahun, telah didaftar untuk bersekolah (PRA) di Sekolah Kebangsaan Perol. Kemudiannya, pada tahun 1996 bermulalah alam persekolah di darjah satu sehinggalah darjah enam di sekolah yang sama. Apabila berakhir pada tahun 2001, ketika darjah enam, menjejak kaki pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, bermula tahun 2002 - 2006 iaitu sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2007, satu tawaran mengikuti program Diploma ( Kejuruteraan Mekatronik) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah (POLISAS) di Kedah. Namun, menolak tawaran tersebut, dan meneruskan balik pengajian pada peringkat Sijil Tamat Pelajaran Malaysia (STPM) di sekolah yang sama. Apabila tamat pengajian pada peringkat STPM pada tahun 2008 dan memperoleh keputusan yang cemerlang di peringkat STPM. Satu tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2009 iaitu Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengkhususan Kesusasteraan Melayu) sehinggalah sekarang ini.