ASSALAMUALAIKUM W.B.T
ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA KATA,
SENYUMAN MANIS TERUKIR DI BIBIR,
TERIMA KASIH PENGUNJUNG TIBA,
DARIPADA DIRIKU BERNAMA AMIR.
SUDAH BERKUNJUNG JANGANLAH JEMU,
SUDAH SINGGAH HARAP BERHENTI,
ELOKLAH KITA MENGENALI ILMU,
DUNIA SASTERA TAKKAN MENYEPI.
SENYUMAN MANIS TERUKIR DI BIBIR,
TERIMA KASIH PENGUNJUNG TIBA,
DARIPADA DIRIKU BERNAMA AMIR.
SUDAH BERKUNJUNG JANGANLAH JEMU,
SUDAH SINGGAH HARAP BERHENTI,
ELOKLAH KITA MENGENALI ILMU,
DUNIA SASTERA TAKKAN MENYEPI.
Terima kasih kepada yang mengunjungi laman "Kasihnya Sastera". Tujuan utama laman ini diterbitkan adalah untuk membantu para pelajar atau orang ramai dalam mengenali dunia sastera sama ada kesusasteraan Melayu tradisional atau kesusasteraan Melayu moden. Dalam laman ini, terdapatnya pantun, sajak, cerpen, dan artikel-artikel yang berkaitan dengan kesusasteraan masa kini. Mungkin ramai yang tidak memahami apa itu sastera sebenarnya. Sebelum kita menyentuh mengenai sastera dengan lebih serius, eloklah kita mengenali dan memahami konsep sastera yang sebenarnya. Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Su sastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu Su indah, baik,, lebih berfaedah Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Menurut Hashim Awang, kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.